Monday, 23 October 2017

Keutamaan Masjid Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Allah

Image result for Keutamaan Masjid Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Allah



Maksud hadis, dari Abu Hurairah ra dari Nabi s.a.w bersabda, " Tujuh (golongan) yang dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu:

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang tumbuh dalam keadaan ibadah kepada Tuhannya.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di masjid

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diminta oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan maka ia menjawab: sesungguhnya saya takut kepada Allah

6. Seorang lelaki yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diperbuat oleh tangan kanannya

7. Dan seseorang yang ingat kepada Allah dalam kesunyian dan kedua matanya melelehkan air mata"

Nabi saw menjelaskan tentang sifat-sifat golongan yang doberi naungan oleh Alah besok di hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya yakni hari Qiamat, di mana mereka akan dikurniakan kesenangan, diliputi dengan naunganNya dan diberi rahmatNya, sehigga matahari tidak dekat dengan mereka,

Mereka itu ada 7 macam golongan sebagaimana yang tersebut dalam hadis di atas.

Yang disebut adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Menurut satu pendapat adil ialah pertengahan di dalam amalnya tidak lalai dan tidak keterlaluan baik dalam i'tiqad, peribadatan dan budi pekerti.

Dan menurut satu pendapat ialah memelihara hak-hak rakyat dan yang dimaksudkan dengan imam di sini adalah mencakupi semua orang yang diberi tugas untuk mengurusi kaum muslim., seperti ketua Negara, Perdana Menteri, Hakim dan sebagainya.

Hadis di atas itu mengandungi pengertian:

a) Dorongan untuk berlaku adil dan disiplin

b) Ikhlas dalam beribadah

c) Baik dalam pergaulan dengan Tuhan dan pergaulan dengan sesama makhluk

d) Keutamaan sedekah dan berusaha untuk merahasaikannya.

e) Keutamaan menangis kerana takut kepada Allah disertai dengan menjaga diri, zuhud dan 
mewujudkan amal-amal soleh,

Firman Allah yang bermaksud,

" Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

- (Al- Nahl : 97)

Sumber : http://ift.tt/2gBXVwF




from Jom Dakwah http://ift.tt/2h1MefA
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment