Monday, 30 October 2017

Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam di Rumah Yang Amat Berguna

Image result for Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam



Selain daripada menjadi bahan utama untuk memasak, garam juga boleh digunakan untuk tujuan berlainan di dalam kehidupan terutamanya di dapur.

Apa yang anda tahu mengenai kegunaan lain garam? Jom baca!
1. Buah nenas yang terlalu masam boleh berkurangan rasa masamnya jika anda menyapukan sedikit garam halus sebelum makan.
2. Ubi kentang akan mudah dikupas kulitnya jika direndam dengan sedikit air garam terlebih dahulu.
3. Jambangan bunga hidup akan tahan lama sekiranya anda memasukkan sedikit garam ke dalam airnya.
4. Air garam boleh digunakan untuk membersihkan periuk hitam iaitu menggosok periuk tersebut dengan air garam sewaktu ia masih panas.
5. Untuk mengelakkan rasa pijar dan panas pada tangan sewaktu menggiling cili atau cili padi, sapukan garam halus pada tangan sebelum memulakan proses menggiling atau menumbuk cili.
6. Untuk mengurangi peluh yang banyak keluar dari badan, anda boleh cuba minum air garam terlebih dahulu.
7. Campuran garam dan air limau nipis boleh memutihkan marmar di rumah anda.
8. Air kopi yang dibancuh akan lebih enak jika dimasukkan sedikit garam di dalamnya.
9. Minum air campuran garam dan asam jawa yang tua boleh mengurangkan rasa bisa akibat terseliuh atau terkehel.
10. Jika anda mengalami ulser di dalam mulut, bancuh sedikit air garam suam dan minum. InsyaAllah sakit dan pedih akan berkurangan.
Siapa sangka garam punya banyak kebaikan lain yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.
Sumber : https://www.wanista.com


from Jom Dakwah http://ift.tt/2lqLQfs
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment