Korang suka tak minum kelapa? Air kelapa ni kalau kat Jepun mahal betul harga dia. Untung kita kat Malaysia, banyak je orang jual air kelapa, siap ada yang fresh lagi. Bukan hanya untuk hilangkan dahaga waktu cuaca panas sahaja, air kelapa ni sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kita. Antaranya ialah;
1. Turunkan berat badan
Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.
2. Rawat masalah kulit
Bagi anda yang ada masalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.
3. Hilangkan rasa perut kurang selesa
Setiap kali berdepan dengan masalah perut, air kelapa mampu
beri keselesaan pada perut. Air kelapa boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.
4. Atasi pedih hulu hati
Kandungan serat tinggi di dalam air kelapa mampu atasi masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah ‘acid reflux’. Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.
5. Tingkat hidrasi tubuh
Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Tak perlu dah minuman lain yang pastinya tidak baik untuk tubuh.
6. Kaya dengan nutrisi
Minuman tenaga yang dijual tidak mengandungi nutrisi penting. Air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.
7. Serasi dengan darah manusia
Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan.
from Jom Dakwah http://ift.tt/2lsH1x3
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment