Monday, 13 March 2017

KENAPA PISANG SEJENIS RASA BERLAINAN?



Pisang adalah salah sejenis buah-buahan yang tersohor hampir di seluruh dunia. Ramai orang suka makan dan menikmati pisang. Rasanya lemak dan manis, dan aneka ragam tergantung kepada jenis-jenis pisang.

Ada berbagai-bagai jenis pisang, dan berbagai-bagai jenis warna dan rupa bentuknya dijadikan Allah. Ada pisang yang boleh terus dimakan mentah, seperti pisang jelai, pisang kelat keling [restali], dan pisang emas, dan pula yang tidak enak dimkan mentah, seperti pisang kebatu, pisang perak, pisang kelat lega, pisang nangka atau pisang kapas.


Walau bagaimana pun pisang-pisang yang tidak sedap dimakan mentah ini boleh dimasak, seperti dibuat pengat, dan sira, atau dijadikan bahan untuk membuat kek atau kueh-kueh tradisional, seperti cemput-cemput yang biasanya diperbuat daripada pisang kapas, perak atau pisang emas, dan dogoreng seperti pisang kebatu, pisang kelat lega dan nangka.


Pisang yang kita beli di pasar, di gerai atau di warung itu sebenarnya bukanlah pisang yang baru ditebang dari pokok.Ia telah diambil selama beberapa hari dari pokok setelah buahnya telah tua untuk diperam terlebih dahulu selama beberapa hari lagi sehingga ianya boleh dijual dan dimakan.

Zaman dulu memeram pisang itu tidak menggunakan bahan-bahan kimia seperti hari ini. Hari ini kebanyakan pisang itu, seperti dengan buah-buah lain juga diperam dengan mengguna cobalt [karbait], iaitu sejenis bahan letupakan, yang biasa digunakan sebagai bahan api untuk mercun buloh oleh kanak-kanak.


Dan hari ini ia digunakan sebagai bahan letupan untuk menangkap ikan di sungai-sungai dan sebagainya.


Dan yang paling lumrahnya hari ini ia digunakan sebagai bahan untuk memeram pisang. Cobalt itu diketuk kecil-kecil sebesar ibu jari atau sebesar hujung jari, lalu dibungkus dengan surat khabar untuk beberapa bungkus, kemudian dimasukkan ke dalam guni atau kampit plastik bersama dengan pisang yang hendak diperam, kemudian diikat kemat-kemas supaya tidak masuk angin dan cepat masak.


Setelah beberapa hari sahaja pisang yang diperam itu segera masak, walaupun pisang itu sebenarnya masih belum tua dalam erti kata yang sebenarnya ketika dipetik Warnanya yang gelap atau hijau akan bertukar menjadi kuning atau kekuningan setelah diperam, dan isinya bertukar menajdi lembut.


Pisang yang diperam dengan cobalt itu biasanya akan masak serentak untuk semua buah pisang yang diperam bersama dalam sebuah bekas tertutup. Sebelum dijual bau cobalt yang kuat itu akan dihilangkan terlebih dahulu dengan mendedahkan kepada udara terbuka dan membersihkan kekotoran yang melekat pada kulit nya itu.


Kita boleh perhati, pisang-pisang yang dipram dengan mengguna cobalt ini, biasanya cepat memburuk di bahagian tangkai yang membentuk sikatnya, atau jika sikatnya telah dibuang dan direlaikan sebaiji-sebiji bahagian hujung buahnya akan cepat menjadi hitam dan buruk dengan isinya menjadi lemebk lotek.

Di samping itu buah dalam satu sikat pisang itu mungkin rasa manisnya tidak serupa, ada yang cukup manis dan ada yang tawar, dan isinya pula ada yang lembut dan yang agak keras, walaupun rupa masak pada kulitnya sama.


Mengikut pakar-pakar kesihatan, menggunakan bahan cobalt ini boleh membahayakan kesihatan pengguna, iaitu boleh menjadi punca kepada penyakit kanser.


Tapi siapa yang peduli? Walaupun harga pisang telah meningkat, sebagaimana meningkatnya harga buah betik, tapi buah pisang masih lagi merupakan sebahagian daripada buah-buahan pilihan rakyat kerana rasanya yang enak untuk dimakan dan banyak khasiatnya.


Pada masa-masa yang lalu, datok nenek kita, para petani kita tidak menggunakan bahan cobalt untuk memeram pisang, tapi menggunakan bahan-bahan asli dari alam semula jadi sahaja yang tidak diragukan lagi tentang keselamatannya.


Antara bahan-bahan yang mereka sering gunakan ialah sejenis daun pokok yang dipanggil pokok nafer dan juga pokok semeru. Daun-daun pokok ini yang bersifat panas dimasukkan ke dalam guni bersama-sama dengan pisang yang hendak diperam itu. Namun begitu, cara ini tidak menguntungkan kerana ada kemungkinan pisang-pisang itu tidai masak serentak walaupun diletakkan dalam satu bekas dan dari satu tandan pisang sahaja. Ini tidak disukai oleh para peniaga yang ingin mengejar pendapatan yang segera.

Pisang-pisang diperam secara tradisi ini biasanya tidak cepat buruk atau rosak, tidak cepat lembek di bahagian tangkal atau hujungnya, dan rasa manisnya amat menyegarkan dan hampir sama untuk semua buah yang diperam.


Pohon nafer dan semeru ini tumbuh di semak-semak, sebenarnya digunakan juga sebagai bahan obat tradisional. Pohon semeru mempunyai bau yang keras, dan hampir menyerupai bau daun kari, dan boleh mengelirukan orang-orang yang tidak arif..


Kalau kebetulan anda balik ke rumah keluarga di kampung, cubalah bertanya apakah rahsia mereka memeram pisang secara tradisi tanpa menggunakan cobalt?




Sumber : pondokrahmat



from Jom Dakwah http://ift.tt/2n0X9dA
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment