Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena,
Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.. π
π
π
π
π
π
mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!
Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha..
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Saya dapat dua gelas jus.
Minum 2 kali sehari ya
satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)
Tips kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun . Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.
Cuba lah sy halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan..
Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha..
bagi yang tiada gout .. jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.
from Jom Dakwah http://ift.tt/2wQ1mq8
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment