Friday, 18 August 2017

Bagaimanakah Dunia Dari Kaca Mata Anak Kecil Anda?

Image result for Bagaimanakah Dunia Dari Kaca Mata Anak Kecil Anda?

Kanak-kanak melihat dunia dengan pandangan yang segar setiap hari. Mereka teruja dengan setiap sesuatu di sekeliling mereka kerana ia memberi pengalaman yang baru dan berbeza.
Pernahkah anda berjumpa dengan kanak-kanak yang tidak mahu tidur kerana asyik bermain? Kanak-kanak sayang hendak melepaskan setiap detik pengalaman yang terlalu berharga bagi mereka.
Pernahkah anda berjumpa dengan kanak-kanak yang teruja bangun di awal pagi dan terus segar? Kanak-kanak sentiasa tidak sabar untuk menempuh episod baru dalam hidup mereka.
Kanak-kanak melihat dunia dengan lensa baru setiap hari. Luaskanlah penerokaan mereka supaya mereka dewasa dengan pengalaman yang pelbagai.
Pernahkah anda merasa lemas dengan soalan yang tidak putus-putus ditanya oleh kanak-kanak? Kanak-kanak sentiasa dahagakan jawapan bagi setiap sesuatu yang dikesan oleh deria mereka.
Jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ seringkali tidak memadai bagi mereka. Mereka mahukan jawapan terperinci yang akan memberi kepastian dan kebenaran.
Mereka tidak akan berputus asa meneroka sehinggalah bertemu dengan jawapan yang dicari. Mereka sentiasa tertanya-tanya.
Kanak-kanak melihat dunia sebagai seorang pengkaji. Layanlah setiap pertanyaan mereka dengan penuh sabar supaya mereka dewasa sebagai seorang yang berfikir.
Tidak seperti orang dewasa yang penuh skeptik, kanak-kanak sentiasa positif apabila berhadapan dengan situasi yang baru.
Pemikiran mereka suci tanpa andaian yang buruk tentang orang lain. Mereka tidak menilai kanak-kanak lain berdasarkan warna kulit yang berbeza.
Setiap kanak-kanak yang ditemui akan didekati supaya menjadi kawan mereka. Kanak-kanak melihat dunia tanpa prejudis.

Sumber : tazkirah.net

from Jom Dakwah http://ift.tt/2w8O5Iw
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment