"DUNIA bertanya ketika akan meninggalkan dia, apa yang kamu ambil dariku? Dia langsung menjawab sendiri, tidak ada yang boleh kau ambil, tidak ada yang boleh kau bawa, kecuali dua hal, tanah untuk kuburanmu dan kain kafan! "
Dunia dikejar, harta dikejar, sehingga tidak ada selesainya. Keperluan, apalagi keinginan, jika terus dituruti tidak akan pernah ada habisnya; dipenuhi yang ini, muncul yang lain; terkejar keinginan yang satu, datang keinginan yang lain. Begitu seterusnya, hingga kita sendiri tidak dapat menikmati dunia yang kita kejar mati-matian.
Seperti kisah datuk tua ini yang mengumpulkan hartanya dengan niat ingin membahagiakan isteri dan keluarganya, namun yang didapat malah sebuah malapetaka yang menimbulkan masalah bagi dirinya di kehidupan mendatang.
Tersebutlah seorang tua yang kaya raya. Ia begitu bimbang dengan masa depan anaknya. Oleh kerana itu, ia membanting tulang dan memerah keringat untuk membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suatu hari, Allah SWT mentakdirkan ia meninggal dunia.
Pada masa itu, didapatilah olehnya sebuah kebenaran, yaitu kekecewaan bahawa keluarganya tidak mencintainya sebagaimana ia mencintai keluarganya. Dari dalam kubur sana, kepada ibu bapa ini ditunjukkan, bahawa kesedihan anak dan isterinya hanya sebatas tujuh hari kematiannya. Sepeninggalannya, anak keturunannya malah saling bermusuhan kerana berebut warisan kemudian sebahagian lagi bermaksiat dengan harta warisannya itu.
Menangislah orang tua tersebut. Kini, jelas sudah baginya, bahawa tidak ada bahagian dunia untuknya di akhirat kerana tidak ada yang dibawa, sedangkan amalnya hanya sedikit.
Dari kisah di atas, dapat diambil hikmah bahawa sebanyak apapun kekayaan di dunia, apabila manusia meninggal maka semua itu tidak akan dibawanya menemaninya ke liang kubur kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, anak yang soleh-sholeha, dan ilmu yang bermanfaat. waallahu'alam
from Detik Islam http://ift.tt/2pXpLXz
via Masa Untuk Islam
No comments:
Post a Comment