Walaupun sudah hampir 1 minggu Ramadan, ada juga pembaca yang mungkin tidak tahu makanan dan minuman apa yang sepatutnya dan sesuai diambil semasa sahur dan berbuka puasa. Jadi kami ingin kongsikan jenis makanan yang sesuai diambil semasa sahur dan berbuka puasa.
Makanan semasa bersahur harus kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat. Cuba makanan yang kaya dengan serat seperti roti bijirin penuh, bijirin tinggi serat, oat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini akan membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama dan membantu mengekalkan paras glukosa darah yang stabil.
Cuba juga termasuk makanan protein yang tinggi seperti ikan, daging, susu, telur atau yogurt semasa sahur. Protein mengambil masa yang lama untuk dicerna.
Sahur: Apa yang perlu diminum
1. Air. Ini adalah mesti. Pastikan anda minum air yang banyak sebelum anda mula puasa.
2. Susu. Susu adalah baik untuk minum kerana ia memberi kalsium, vitamin D, dan protein.
3. Gatorade, Livita, 100Plus. Mempunyai elektrolit yang membantu menjaga supaya badan tidak terhidrat.
4. Jus buah-buahan. Amalkan minum jus buah-buahan yang anda buat sendiri ataupun hanya beli jus buah tanpa gula di kedai. Ia memberikan anda tenaga selain pelbagai khasiat vitamin dan disyorkan oleh pakar pemakanan.
Sahur : Apa yang boleh dielakkan
1. Kafein. Minum teh, kopi, atau mana-mana minuman berkafein pada waktu sahur bukan idea yang baik. Kafein adalah diuretik, jadi ini bermakna yang akan membuat anda mencerna dengan lebih cepat dan anda akan kehilangan banyak cecair. Jika anda perlu minum kafein, minum dalam kuantiti yang kecil dan kemudian minum banyak air.
2. Minuman manis: Cuba untuk tidak mempunyai terlalu banyak minuman bergula pada waktu sahur.
Apa yang perlu minum pada waktu berbuka puasa
1. Air. Ya sekali lagi air. Menambah apa yang badan anda telah hilang.
2. Gatorade. Sama seperti sebab nombor 1.
3. Teh, kopi, dan mana-mana air berkafein. Sekarang adalah masa untuk minum air berkafein anda.
Sumber: Wanista
from Jom Dakwah http://ift.tt/2rTah7b
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment