Sunday, 21 May 2017

Ini Dia Cara Untuk Dapatkan Pemakanan Seimbang Setiap Hari




Ramai beranggapan bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet terbaik dan sebagai ganti mereka makan tidak mengikut masa yang betul serta salah faham tentang pengambilan bahan yang tepat dalam setiap menu.

Lihat, faham dan ikut ilham di bawah sebagai panduan terbaik buat anda.

SARAPAN PAGI
Masih ramai meminggirkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat biarpun tahu akan kepentingan pengambilannya. Daniela Jakubowicz menerusi bukunya The Big Breakfast Diet menerangkan pengambilan sarapan pagi dalam total kalori 610 sehingga 850 sebelum jam sembilan pagi mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh untuk mempengaruhi hormon dalam pembakaran lemak.
Cadangan hidangan
1 hidangan bijirin bersama buah pilihan seperti pisang atau pilihan beri
1 gelas jus oren
atau
1 hidangan nasi goreng berserta sayuran hijau (yang tidak digoreng lama)
1 cawan kopi (kurang atau tanpa gula)

TENGAH HARI
Elak mengambil nasi dalam hidangan yang besar. Separuh sudah memadai dan mulakan makan hidangan tengah hari anda dengan mengambil sayuran terlebih dahulu sebelum nasi. Pastikan juga kandungan protein (sebaiknya ikan) yang diambil tidak terlalu berminyak.
Cadangan hidangan
Caesar salad bersama hirisan isi ayam
Satu hidangan buah
Air kosong
atau
½ pinggan nasi
Sup sayur
1 ekor ikan yang distim
1 hidangan buah
Air kosong

MALAM
Waktu yang tepat untuk makan malam adalah sebelum jam lapan malam. Kathleen Zelman dalam tulisannya, 10 Quick, Delicious (and Healthy) Dinners menulis – jika anda seorang yang kerap mengambil hidangan tengah hari di luar sebaiknya masak sendiri untuk hidangan makan malam. Jangan lupa sentiasa makan buah-buahan selepas makan malam.
Cadangan hidangan 
Nasi putih
Campuran sayur
Ikan panggang
2 biji pisang
Air kosong
atau
Bijirin gandum bersama susu kurang lemak
Roti (wheatmeal) bakar bersama tuna
Air masak
2 biji pisang

Sumber : eh.com.my



from Jom Dakwah http://ift.tt/2rqJGOG
via Kuliah Islam

No comments:

Post a Comment