Mempunyai daya ingatan dan daya fikir yang tinggi sememangnya merupakan satu kelebihan kepada seseorang. Namun tahukah anda bagaimana untuk meningkatkan daya ingatan anda?
Anda mesti terfikir apa makanan yang merangsang daya ingatan dan meningkat memori.
Untuk pengetahuan anda, kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpula penyelidik dari Universiti California, Amerika Syarikat mendapati buah anggur mempunyai khasiat yang membantu menguatkan ingatan seseorang individu.
Ketua penyelidik, Dr.Daniel Silverman memberitahu buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer.
“Individu yang memakan sekitar dua genggam anggur sehari mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding individu yang tidak memakan anggur setiap hari.
“Hal ini kerana nutrien yang terdapat dalam buah anggur boleh melindungi bahagian otak, seterusnya menguatkan memori,” katanya.
Silverman juga menambah, kesemua jenis anggur adalah baik untuk otak sama ada anggur hitam atau anggur putih.
Sumber : wanista.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2qojU9h
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment