Pertanyaan : Saya jatuh cinta pada seorang gadis tetapi dia tidak dapat menerima saya, jadi apa yang patut saya lakukan ?
Al-jawab :
1. Secara lumrah, seseorang itu akan jatuh cinta dengan bersebab, dalam kes ini mungkin saudara jatuh cinta kepada gadis tersebut kerana kecantikannya atau kerana sesuatu yang terdapat pada dirinya. Sebaliknya si gadis itu pula tidak dapat menerima saudara kerana sesuatu 'kekurangan' yang terdapat pada diri saudara seperti hodoh, miskin, perangai tidak senonoh atau kerana saudara tidak memiliki sesuatu 'kelebihan' yang dimahukan olehnya baik kacak, kaya atau berilmu.
Selain daripada itu, telah sabit dari hadith nabi SAW yang menyebut (maksud) : Ruh-ruh itu seperti askar yang tersusun (dalam kumpulan tertentu), barangsiapa yang dikenalinya (berada dalam satu kumpulan) akan mesra dan yang tidak dikenali (berbeza kumpulan) akan berselisih. [riwayat Al-Bukhari]
2. Sunnah membaca doa berikut apabila ditolak pinangan dan ditimpa musibah,
إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها
Kerana disebut dlm hadith barangsiapa yang membacanya selepas ditimpa sesuatu musibah maka Allah akan memberikannya pahala atas musibah yang menimpanya dan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. [riwayat Muslim]
Boleh jadi saudara belum bersedia untuk menikahi gadis itu atau boleh jadi saudara lebih berhak untuk mendapat gadis yang lebih baik daripadanya. Yakinlah pada Allah, bahawa Dia sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya jika kita beriman dan beramal soleh !
3. Kata Al-Imam Ibn Taimiyyah ra (maksud), Ikatan cinta atau hubungan kepada lawan jantina tidak akan menimpa hati yang dipenuhi dengan kasih sayang kepada Allah taala. Sebaliknya ia menimpa hati yang kosong dan lemah dari mengingati Allah. Perlu diingat bahawa perempuan ialah 'alat' atau 'wasilah' untuk memenuhi keperluan fitrah agar dapat beribadah dan menunaikan kewajipan kepada Allah dan bukannya matlamat atau tujuan utama hidup seseorang Muslim.
4. Kaedah Islam dalam bercinta ialah berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan bersabda : لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ Kami tidak melihat dua orang yang bercinta seperti nikah [riwayat Ibn Majah]
Iaitu jika kita tidak dapat menikahi seseorang gadis itu maka janganlah mencintainya kerana cinta itu hanya dibenarkan pada seseorang yang dapat kita nikahi jika tidak maka akan timbul kemudharatan dan bahaya fitnah pada jiwa dan agama.
5. Segera mencari ganti dari kalangan perempuan yang solehah dan mukminah kerana perempuan yang cantik lagi solehah bukan seorang dan setiap perempuan itu masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Nabi SAW bersabda : الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah [riwayat Muslim]
Setelah nikah, topeng kecantikan, gebu, ayu dan pakaian cantik semuanya akan tertanggal dan yang tertinggal lekat pada dirinya ialah akhlak dan peribadi yang sebenar. Ketika itu cantik bagaikan ratu pun tiada gunanya jika buruk perangai dan akhlak !

Sumber : islam2u.net
from Jom Dakwah http://ift.tt/2qgJtdE
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment