Buah yang satu ini sememangnya menjadi kegemaran ramai orang, apatah lagi apabila bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama sahaja lagi. Bagi anda yang menggemari buah kurma yang kaya dengan pelbagai khasiat ini, jom tengok tip untuk memlilih kurma yang baik dan berkualiti tinggi.
- Pilihlah kemasan yang baik. Jika anda membeli buah tersebut di pinggir jalan, hindari memilih buah dengan kemasan yang kotor. Debu dan asap akan mempengaruhi rasa dan kualiti serta kebersihan kurma.
- Telitilah buah kurma sebelum anda membeli. Lihat bahagian kulitnya. Pilih buah kurma dengan kulit yang cantik dan belum mengelupas.
- Buah kurma yang baik memiliki bentuk yang besar. Pilihlah kurma yang besar, kerana buah kurma yang kecil bererti ia sudah terlalu lama sehingga mengering.
- Pegang buah kurma dan pilihlah yang tidak melekit. Kurma yang baik dan manis tidak memerlukan tambahan gula atau madu. Ini biasanya merupakan trik penjual kurma yang menjual kurma berkualiti rendah.
- Pilih kurma dengan warna coklat, merah dan kekuningan. Jika terlalu merah sehingga kehitaman, itu bermakna buahnya kurang baik dan sudah lama.
- Pilih kurma dengan batang yang masih kuat. Ini dipercaya dapat mempertahan rasa manis buah kurma.
Sumber : wanista.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2qZbgBi
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment