Kehebatan manusia adalah pada deria rasanya yang dapat merasa lebih 10,000 jenis rasa berlainan.
Tahukah anda bahawa makan makanan yang masam dapat memberi kesan buruk pada tubuh dan kesihatan diri?
Rasanya mungkin sedap bagi sesetengan orang terutama buat wanita hamil yang sering mengidam makanan yang pelbagai, namun ia boleh dikira sebagai pembawa penyakit.
Demi menghilangkan rasa loya tekak mereka, ramai ibuhamil memilih untuk mengunyah seleksi buah-buahan jeruk mahupun makanan yang diselit dengan rasa masam. Itu adalah perkara normal.
Biarpun begitu, pengambilan buah masam ketika hamil tetap ada baik dan buruknya. Sebagai contoh, jika ibu mengandung mengambil makanan masam secara berlebihan, kandungan asid yang diserap oleh tubuh boleh menjejeskan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang dikandungkan. Jika perlu, makan sedikit sahaja sekadar untuk merasa.
Kebaikan Mengambil Makanan Masam Ketika Hamil
- Mencegah Diabetes atau penyakit darah tinggi dalam kalangan ibu-ibu mengandung. Ia bisa bantu mengawal kadar gula.
- Tekanan darah menjadi stabil kerana kandungan mineralnya.
- Berupaya mencegah sembelit
Keburukan Mengambil Makanan Masam Ketika Hamil
- Kandungan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.
- Menyebabkan dehidrasi
- Bertindak balas secara negatif dengan ubat yang dimakan si ibu mengandung contohnya ubat tahan sakit seperti aspirin.
Oleh itu, hati-hati para wanita hamil agar sentiasa mengawal cara pemakanan anda supaya kandungan kekal sihat dan tidak terkesan dengan gaya hidup ibu yang tidak seimbang.
Sumber : wanista.com
from Jom Dakwah http://ift.tt/2qLu07s
via Kuliah Islam
No comments:
Post a Comment